Wednesday 9 April 2014

ISLAM for all

‘Islam for all’, that’s the best quote to reflect ISLAM. When thinking about this quote, I was reading a Facebook status written by my Muslim brother, Mr. Lim Jooi Soon. It was really short and clear message to all non-muslim readers out there. Please spare your time to read this short message, and then do think about Islam. I am really sorry for not being able to share an introduction prior to this post since I am afraid if there is no time for me to do so if Allah takes me to see Him soon. Mr. Lim Jooi Soon’s massages are as below:
(Invitation to Islam)

I would like to take this opportunity to invite all my non-muslim friends to embrace Islam

When someone embrace Islam with sincere heart, all his past sin are forgiven

“Do you not know that accepting Islam destroys all sins which come before it?” (Prophet Muhammad (peace be upon him))

All his past Deeds before Islam is accepted
Hadith - Sahih Bukhari (#70) and Muslim Hakim ibn Hizam said to the Prophet, "You know that in the days before Islam I used to maintain family ties, free slaves, and give charity. Will I be rewarded for any of those deeds?" The Prophet replied, "You accepted Islam with all the good you did in the past"

All past sin turn to deeds for him,
If he repented and he do minimum a good deeds, Allah will turn all past sin to become deeds for him

Surah Furqan 25:70
Except for those who repent, believe and do righteous work. For them Allah will replace their evil deeds with good. And ever is Allah Forgiving and Merciful.

If anything happen to him, He will be the fastest person to enter heaven.

Source of information: https://www.facebook.com/lim.jooisoon

Thursday 20 February 2014

Cara Muat Turun (Download) Audio Kuliah Dari Intenet


Assalamualaikum W.B.T

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar!



Lama sungguh tidak menulis di blog ni..Hurm, artikel kali ini adalah berkaitan dengan cara-cara untuk kita mendapatkan audio kuliah agama/ceramah/tazkirah dari internet. Persoalan yang mungkin bermain difikiran, mengapa perlu download? Kan boleh bukak Youtube je? Boleh buka Youtube, tapi macam kita nak memaksimumkan masa untuk dengar peringatan, ilmu dan kuliah di mana-mana sahaja yang kita mampu. Sebagai contoh, lepas download, kita 'burn' dalam CD atau copy dalam 'pendrive', kemudian kita boleh pasang dalam kereta. Selain itu juga, kita boleh masukkan audio ceramah/kuliah tadi dalam telefon bimbit, MP3/MP4 player, Ipod dan sebagainya. Kan mudah? Kita hanya perlu muat turun sekali di rumah, kemudian boleh dengar di mana-mana tanpa perlu akses internet. Dalam masa yang sama, kita boleh jimatkan kouta 'mobile data internet' dan boleh juga mengatasi kebosanan di saat tiada sambungan internet di kampung dan sebagainya. Namun, apa yang lebih penting, niat kita adalah untuk menambah ilmu, memperbaiki diri dan apa yang paling utama adalah untuk memperoleh redhaNYA. Namun harus kita ingat, mendengar kuliah di Youtube atau MP3 ceramah adalah bersifat tambahan kepada majlis ilmu yang diadakan/dikendalikan oleh guru yang murshid [1].

Kaedah untuk mendapatkan audio file berkenaan merupakan cara kurang popular berbanding kaedah 'direct download' melalui website seperti http://www.4shared.com/ dan sebagainya kerana secara teorinya proses memuat turun audio melalui Youtube memerlukan beberapa peringkat sebelum fail tersebut berjaya anda dapatkan. Namun jangan risau, melalui proses yang saya akan kongsikan di bawah, anda hanya memerlukan 6 langkah mudah untuk anda dapatkan audio ceramah kegemaran anda =)

Kesemua 6 langkah mudah tersebut adalah seperti dalam gambar tersebut (klik untuk paparan yang lebih besar).



Moga-moga apa yang saya kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada para pencari redha Allah S.W.T yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

ps: Minta maaf sekiranya gambar di atas terlalu padat atau kecil. Sememangnya saya merancang untuk mengumpul kesemua langkah tersebut dalam 1 gambar untuk mudah dikongsi melalui medium lain seperti 'Whatsapp', 'Facebook' dan sebagainya.

Rujukan:
[1] Ustaz Dr. Shauqi Othman, Forum Maulidur Rasul (13 Januari 2014), Kajang, Selangor. Pautan: http://www.livestream.com/fatehteam/video?clipId=pla_5e4a5224-f2c6-4c6c-9088-0bb1aa17941d (minit- 02:20:00)

Tuesday 24 September 2013

Mari Laksanakan Ibadah Qurban 1434H/2013

Saya pernah hadir ke kuliah yang disampaikan oleh Tuan Guru Haron Din baru-baru ini, semasa sesi soal jawab hukum hakam agama, terdapat satu soalan yang diajukan berkenaan ibadah qurban. Menurut Tuan Guru Haron Din, ibadah qurban lebih aula (utama) dan afdal dilaksanakan di tempat kita terutamanya jika masih terdapat kaum muslimin yang susah dan kurang berkemampuan di kawasan kejiranan kita. Namun sekiranya tidak terdapat keadaan sedemikian, diharuskan untuk kita melaksanakan ibadah qurban di negara atau wilayah umat Islam yang lebih memerlukan. Terdapat beberapa saluran untuk kita menyertai ibadah qurban yang dilaksanakan di luar kawasan kejiranan kita seperti:

1. EZ Qurban (http://www.ezqurban.org/)


2. Al-Ameen Serve Holdings (http://www.korbanaqiqah.com.my/bmportal/)


Nota: Anjuran Ustaz Dr. Sukki Othman


Nota: Anjuran Ustaz Riduan Mohd Nor


Nota: Anjuran IKRAM/JIM/Aqsa Syarif

Selain daripada senarai diatas, mungkin terdapat juga organisasi lain yang menganjurkan program qurban ini. Namun saya tidak mempunyai maklumat untuk dikongsikan di sini selain tidak mengetahui kesahihan program sekiranya pun ada maklumat yang saya perolehi.

Semoga bermanfaat untuk semua, baca dan kongsikan =)

Konsep Wakalah Dalam Pengurusan Korban

Konsep Wakalah:

Wakalah dari segi bahasa bererti menyerahkan kuasa, pengawasan, penjagaan dan pemeliharaan. Dari segi istilah fiqh pula ialah seseorang itu menyerahkan sesuatu perkara ketika hidupnya kepada orang lain agar melakukannya dalam hal-hal yang boleh diwakilkan. Hukum wakalah adalah harus berdasarkan Al-Qur’an, sunnah dan ijma‘ ulama. Wakalah mempunyai empat rukun iaitu:

  •     Muwakkil (orang yang berwakil)
  •     Wakil /Muwakkal (orang yang dijadikan wakil)
  •   Muwakkal fihi (sesuatu yang diwakilkan)
  •   Shighah (ijab dan qabul).

Syarat-syarat wakil dalam ibadah korban:

  • Hendaklah seorang Muslim 
  • Hendaklah mendapat keizinan orang yang berkorban.
  • Memenuhi syarat-syarat mukallaf.

Hukum upah bagi wakil:

  •  Ulama’ sepakat mengatakan bahawa wakil atau penyembelih tidak boleh mengambil bahagian daripada sembelihan korban sebagai upah kerana terdapat larangan yang keras daripada Nabi SAW di dalam hadis Sayyidina Ali: “Rasulullah telah memerintahkanku supaya mengorbankan untanya (iaitu ketika hari Nahar), dan supaya aku membahagikan kulitnya dan anggota badannya, dan supaya tidak memberikan kepada penyembelih sesuatu daripadanya”. (Muttafaqun Alaih).
  • Oleh itu, boleh disimpulkan bahawa wakil atau penyembelih tidak boleh menetapkan bahagian daripada binatang korban itu sebagai upahnya.

  • Jika hendak memberi upah hendaklah menggunakan peruntukkan lain selian dari daging korban. Ali r.a berkata: “Nabi s.a.w pernah menyuruhku menyempurnakan seekor unta milik Baginda kemudian menyedekahkan daging, kulit dan apa yang menutupi belakang unta-unta itu (seperti pelana dan seumpamanya) serta aku juga tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih tersebut. Dia berkata: Kami memberinya dengan harta kami sendiri”. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya)
  • Hujjah lain, pada dasarnya upah untuk ibadah adalah diharuskan seperti upah haji dan umrah. Adapun ibadah-ibadah yang tidak memerlukan belanja dan usaha yang keras maka tidak diharuskan padanya sebarang upah.
  • Larangan dijadikan upah sebahagian daripada daging Korban adalah kerana daging daripada penyembelihan korban adalah bertujuan untuk ibadah korban dan kebajikan. Dengan itu ia tidak boleh dijadikan balasan/upah kepada kerja (pengurusan penyembelihan).

Kaedah Kaedah Wakalah di dalam Ibadah Korban:

  • Wakalah berbentuk penyerahan binatang korban:Penyerahan binatang korban kepada wakil haruslah melalui pernyataan yang jelas dalam jenis korbannya samaada sunat atau wajib dan urusan yang diserahkannya samada menyembelih saja atau juga membahagikan dagingnya kepada pihak ketiga. Oleh kerana itu harus ada shighah yang jelas antara orang yang berkorban dengan wakil tersebut dan kedua-dua pihak harus memenuhi rukun-rukun wakalah iaitu Muwakkil (orang yang berwakil), Muwakkal (orang yang dijadikan wakil), Muwakkal fihi (sesuatu yang diwakilkan) dan Shighah (ijab dan qabul )
  • أركانها اربعة موكل ووكيل وموكل فيه وصيغة ويكفى فيها اللفظ من أحدهما وعدم الرد من الأخر كقول الموكل وكلتك بكذا او فوضته إليك ولو بمكاتبة او مراسلة (الباجورى جزء 1 ص : 296 )

           Wakalah berbentuk penyerahan wang:

Dengan cara ini urusan ibadah korban dapat dilakukan dengan mudah. Melalui cara ini orang yang ingin melakukan ibadat korban akan menyerahkan sejumlah wang yang sama nilai dengan sebahagian atau seekor binatang korban kepada wakil. Wakil tersebut akan menguruskan segala urusan ibadah korban bagi pihaknya. Dalam hal ini menurut pandangan ulama hukumnya adalah harus. 
Penjelasan tentang keharusan wakalah melalui penyerahan wang dijelaskan dalam kitab I’anah al-Talibin:
للصواب: في فتاوي العلامة الشيخ محمد بن سليمان الكردي محشي شرح ابن حجر على المختصر ما نصه: (سئل) رحمه الله تعالى: جرت عادة أهل بلد جاوى على توكيل من يشتري لهم النعم في مكة للعقيقة أو الأضحية ويذبحه في مكة، والحال أن من يعق أو يضحي عنه في بلد جاوى فهل يصح ذلك أو لا؟ أفتونا. (الجواب) نعم، يصح ذلك، ويجوز التوكيل في شراء الأضحية والعقيقة وفي ذبحها، ولو ببلد غير بلد المضحي والعاق كما أطلقوه فقد صرح أئمتنا بجواز توكيل من تحل ذبيحته في ذبح الأضحية، وصرحوا بجواز التوكيل أو الوصية في شراء النعم وذبحها، وأنه يستحب حضور المضحي أضحيته. ولا يجبوألحقوا العقيقة في الاحكام بالأضحية، إلا ما استثني، وليس هذا مما استثنوه، فيكون حكمه حكم الأضحية في ذلك. وبينوا تفاريع هذه المسألة في كل من باب الوكالة والإجارة فراجعه.                                                                                                                                                                              
Dalam kitab Fatawa Syeikh Sulaiman al-Kurdi Muhasyyi Syarah Ibni Hajar ‘ala al Mukhtashar terdapat suatu pertanyaan: Beliau telah ditanya:
“Telah berlaku kebiasaan penduduk Jawi mewakilkan kepada seseorang agar membelikan haiwan ternakan untuk mereka di Makkah sebagai aqiqah atau korban dan agar menyembelihnya di Makkah, sementara orang yang melakukan ibadat tersebut berada di Jawa. Apakah hal demikian itu sah atau tidak? Mohon diberikan fatwa. Jawabannya “Ya, demikian itu sah. Diperbolehkan mewakilkan dalam pembelian binatang korban dan aqiqah dan juga penyembelihnya sekalipun tidak dilaksanakan di negara orang yang berqorban atau beraqiqah itu.”..

Di antara kesilapan yang biasa berlaku ialah tidak dinyatakan akad perwakilan (wakalah) ketika mengambil tempahan. Tidak juga dibezakan antara wakalah secara mutlak ataupun secara khusus. Perwakilan secara khusus berlaku apabila mereka yang melakukan ibadat korban mewakilkan seseorang tukang sembelih yang dikenalpasti untuk melakukan penyembelihan, di samping ditentukan haiwan sembelihan. Bagi wakil yang akan mewakili pihak ketiga untuk menguruskan ibadah korban terutamanya di luar negara, perlu dinyatakan dengan jelas perwakilan adalah secara mutlak.

Wakalah Bersama Dengan Upah (wakalah bi al-ajr)

Apabilah wakalah disertakan dengan upah, hukumnya bertukar kepada ijarah, iaitu upah kepada sesuatu pekerjaan. Ini dianggap sebagai aqad mu‘awadahseperti jual beli. Di antara kesan fiqh ialah ia berubah daripada kontrak yang tidak mengikat (non binding/ghair lazim) kepada kontrak yang mengikat (binding/lazim), dengan erti kata pembatalannya mestilah dengan persetujuan kedua dua pihak (muwakkil dan wakil). Jumlah upah juga mestilah diketahui kerana gharar (ketidaktentuan) di di dalam aqad mu‘awadah membatalkan kontrak. Sebagai contoh, sekiranya disebut harga kambing seekor RM500, perlu dijelaskan berapa upah kepada wakil yang akan melakukan kerja penyembelihan dan pengurusan ibadah korban. Diantara kesilapan yang kerap berlaku ialah tidak disebut berapa upah.  
Di antara alternatif adalah seperti berikut: 
  • Bagi mereka yang mengutip wang penyertaan ibadah Korban, kemudian mewakilkan pihak lain, dan mengambil upahperlu dinyatakan jumlah upah. Contohnya Harga kambing RM450, upah RM50.
  • Menganggarkan/menentukan nilai seekor kambing atau 1/7 lembu, contohnya RM500, baki diberikan kepada  masjid/badan kebajikan/sekolah agama/rumah anak yatim dll. Contoh:  “Saya bayar duit RM500 ini untuk sebahagian lembu korban, yang selebihnya/baki adalah untuk masjid.”

Monday 23 September 2013

Hati-hati dengan Syiah!

Berikut adalah strategi pengembangan Syiah di Malaysia yang merupakan target dalam masa 20 tahun mereka: 

1. Masuk ke dalam pertubuhan harakat Islamiyyah, tanzim haraki seperti Pas, Abim, Jim, Hizbut Tahrir dengan cara taqiyyah, pura pura dan niat menguasai pucuk pimpinan atau menghancurkan dari dalam.

2. Mereka masuk kedalam parti politik Ummat Islam seperti Pas, UMNO , PKR dan lain lain untuk menjadi pemimpin dan sekaligus mencetuskan merekrut pengikut mereka dijadikan syiah.

3. Mereka menggunakan tarekat seperti tarekat ahlu bait, menyamar atas nama kelaurga Rasulullah saw sebelah Saidina Ali untuk rekrut syiah.

4. Mereka masuk dalam pertubuhan berbaiah seperti Pekida, Al Ehsan, Batas , Simpang 3, Majlis Sabilillah dan seangkatan untuk tujuan yang sama, sama ada merekrut ahli atau mengahncurkan jamaah dari dalam.

5. Mereka akan gunakan kuasa politik , rapatkan dengan Perdana Menteri malaysia, menteri -menteri, rapat dengan Menteri Besar Selangor, Kelantan, dan ex MB kedah bagi tujuan perlindungan politik mereka agar mereka dapat back up.

6. Mereka Syiah laknatullah menyusup masuk ke dalam PDRM dan ATM untuk merekrut seramai mungkin polis dan askar untuk masuk syiah laknatullah.

7. Mereka mengunakan perniagaan seperti perniagaan air,makanan dan lain untuk dana dan kewangan syiah.

8. Mereka telah memanggil ramai rakyat Iran Syiah untuk masuk belajar dan bekerja di malaysia, dan mereka cuba sEkang kahwinkan lelaki Syiah Iran dengan wanita Islam malaysia, mereka masuk dengan cara macam tu melalui belajar dan perkawinan.

9. Mereka masuk dalam pertubuhan pertubuhan amal berbilang bangsa dan kaum untuk merekrut syiah

10. mereka akan rapat dengan mahasiswi mahasiswa Islam di seluruh IPTA dan IPTS untuk bawak masuk Syiah dengan cara 9 di atas.

‪#‎Kajian‬ semasa dari Pengerusi Majlis Pekerja -Pekerja Profesional Islam Malaysia PRO-Islam..

Sila kongsi dan sebarkan moga kita terhindar daripada fitnah ini!

Sumber: Facebook Ustaz Zahazan Mohamed

Sunday 22 September 2013

Program dan Jadual Pengajian Masjid Hasanah Bandar Baru Bangi (20 - 26 September 2013)

20 SEPT 2013 (JUMAAT)
1) Khutbah Jumaat
Khatib : Ustaz Hj. Mohd Napiah Sahrani (Nazir) 

2) Kuliah Maghrib
Penceramah : Ustaz Khu Sairi Hamdtan
Kitab : Nasihat Agama Wasiat Iman 

21 SEPT 2013 (SABTU)
1) Kuliah Subuh
Penceramah : Ustaz Khairul Anuar
Tajuk : Bicara Soal Akhirat

2) Kuliah Maghrib
Penceramah : Ustaz Dr. Hamid Sulaiman
Kitab : Fiqh Sirah

22 SEPT 2013 (AHAD)
1) Kuliah Subuh
Penceramah : Ustaz Dr. Badrul Amin Baharon
Tajuk : Umum

2) Tafaqquh Fiddin / Pengajian Berkitab
Slot 1 (9.00 pg - 10.15 pg)
Penceramah : Ustaz Rashidy Jamil
Kitab : Tafsir al-Munir

Slot 2 (10.30 pg - 11.45 pg)
Penceramah : Ustaz Hashim Nawawi
Kitab : Hadith 40 Imam Nawawi

3) Kuliah Maghrib
Penceramah : Ustaz Dr. Hasnan Kasan
Tajuk : Tafsir Ayat Pilihan

23 SEPT 2013 (ISNIN)
1) Kuliah Maghrib
Penceramah : Ustaz Dr. Hashim Mehat
Tajuk : Akidah, Ibadah & Akhlak

24 SEPT 2013 (SELASA)
1) Kuliah Maghrib
Penceramah : Ustaz Rosli Mokhtar
Tajuk : Kesederhanaan Dalam Islam

25 SEPT 2013 (RABU)
1) Kuliah Maghrib
Penceramah : Ustaz Hj. Mohd Napiah Sahrani
Tajuk : Tilawah, Tajwid & Tafsir

26 SEPT 2013 (KHAMIS)
SELEPAS MAGHRIB
Solat Hajat & Bacaan Yasin
Sempena Peperiksaan
Anjuran : SMK Bandar Baru Bangi


Sumber: Facebook Suara Masjid Al-Hasanah

JADUAL PENGAJIAN SURAU AN-NUR, BANDAR BARU BANGI 21-28 September 2013

Semua yang berkesempatan dijemput hadir beramai-ramai =)

21/09/2013 (Sabtu)
Kuliah Subuh – Dr. Mohd Shafie Md Amin – Buku …”You Are the Best”
Kuliah Maghrib - ..sedang diusahakan….

22/09/2013 (Ahad)
Kuliah Subuh - Ust Mokhtar Senik-Kitab – Pesanan Rasulullah s.a.w. menjelang wafatnya
Kuliah Duha Muslimat- 9.30 pagi – Ust Hisbul Rahman (Imam Muda)
Kuliah Maghrib - Ust Abd Rahim Rifa’i – Kitab La Tahzan

23/09/2013 (Isnin)
Kuliah Maghrib - Ust Mohd Hadi A Thalha

24/09/2013 (Selasa)
Kuliah Maghrib – Dr Abd Rahman Mahmud – Kitab Minhajul ‘Abidin – Jalan Para ‘Abid

25/09/2013 (Rabu)
Kuliah Maghrib – Dr Lokman Ibrahim – Tilawah Al-Quran

26/09/2013 (Khamis)
Kuliah Maghrib – Ust Hasrizal Jamil - Tafsir

27/09/2013 (Jumaat)
Solat Jumaat – Katib – Ust Akram Ikrami
Kuliah Maghrib - ..sedang diusahakan….

28/09/2013 (Sabtu)
Kuliah Subuh – Ust Tarmizi Abd Rahman – Kitab - “Iman: Rukun Hakikat & Pembatalannya”

AJK Tadbir Surau An-Nur
Seksyen 1
Bandar Baru 


Sumber: Facebook Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi