Thursday 20 February 2014

Cara Muat Turun (Download) Audio Kuliah Dari Intenet


Assalamualaikum W.B.T

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar!



Lama sungguh tidak menulis di blog ni..Hurm, artikel kali ini adalah berkaitan dengan cara-cara untuk kita mendapatkan audio kuliah agama/ceramah/tazkirah dari internet. Persoalan yang mungkin bermain difikiran, mengapa perlu download? Kan boleh bukak Youtube je? Boleh buka Youtube, tapi macam kita nak memaksimumkan masa untuk dengar peringatan, ilmu dan kuliah di mana-mana sahaja yang kita mampu. Sebagai contoh, lepas download, kita 'burn' dalam CD atau copy dalam 'pendrive', kemudian kita boleh pasang dalam kereta. Selain itu juga, kita boleh masukkan audio ceramah/kuliah tadi dalam telefon bimbit, MP3/MP4 player, Ipod dan sebagainya. Kan mudah? Kita hanya perlu muat turun sekali di rumah, kemudian boleh dengar di mana-mana tanpa perlu akses internet. Dalam masa yang sama, kita boleh jimatkan kouta 'mobile data internet' dan boleh juga mengatasi kebosanan di saat tiada sambungan internet di kampung dan sebagainya. Namun, apa yang lebih penting, niat kita adalah untuk menambah ilmu, memperbaiki diri dan apa yang paling utama adalah untuk memperoleh redhaNYA. Namun harus kita ingat, mendengar kuliah di Youtube atau MP3 ceramah adalah bersifat tambahan kepada majlis ilmu yang diadakan/dikendalikan oleh guru yang murshid [1].

Kaedah untuk mendapatkan audio file berkenaan merupakan cara kurang popular berbanding kaedah 'direct download' melalui website seperti http://www.4shared.com/ dan sebagainya kerana secara teorinya proses memuat turun audio melalui Youtube memerlukan beberapa peringkat sebelum fail tersebut berjaya anda dapatkan. Namun jangan risau, melalui proses yang saya akan kongsikan di bawah, anda hanya memerlukan 6 langkah mudah untuk anda dapatkan audio ceramah kegemaran anda =)

Kesemua 6 langkah mudah tersebut adalah seperti dalam gambar tersebut (klik untuk paparan yang lebih besar).



Moga-moga apa yang saya kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada para pencari redha Allah S.W.T yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

ps: Minta maaf sekiranya gambar di atas terlalu padat atau kecil. Sememangnya saya merancang untuk mengumpul kesemua langkah tersebut dalam 1 gambar untuk mudah dikongsi melalui medium lain seperti 'Whatsapp', 'Facebook' dan sebagainya.

Rujukan:
[1] Ustaz Dr. Shauqi Othman, Forum Maulidur Rasul (13 Januari 2014), Kajang, Selangor. Pautan: http://www.livestream.com/fatehteam/video?clipId=pla_5e4a5224-f2c6-4c6c-9088-0bb1aa17941d (minit- 02:20:00)

No comments:

Post a Comment