Friday 20 September 2013

‘Friend’ atau ‘Page’ yang wajib dalam senarai kita

Sebaik-baik petunjuk adalah daripada Allah S.W.T melalui kitab suci Al-Quran, dan sebaik-baik contoh teladan adalah Rasulullah S.A.W melalui sunnah baginda. Namun Allah telah memilih sebahagian daripada kalangan kita untuk memahami ajaran Islam dan menyampaikan kepada sebahagian yang lain agar ketaqwaan kepada Allah dan rasa cinta akan Rasulullah semakin subur serta utuh. Justeru, dengan mendampingi golongan ilmuwan agama, InshaAllah mampu memberi kita jalan untuk kita bertemu Allah di hari akhirat kelak dan mencapai redhaNYA. Pergilah berguru dengan cara menghadiri kuliah-kuliah agama, forum dan ceramah yang ada berhampiran tempat tinggal kita dan jadikanlah medium internet seperti Facebook, blog, twitter dan sebagainya sebagai medium tambahan untuk kita memantapkan ilmu, meluruskan iman dan menambah ketaqwaan kepada Allah S.W.T. Moga-moga dengan usaha bersungguh-sungguh kita, Allah ampunkan dosa-dosa kita, menghilangkan kejahilan dari diri kita dan seterusnya melimpahkan rahmat dan kerdhaanNYA kepada kita semua. Amin…

Berikut adalah sebahagian daripada tokoh-tokoh ilmuan Islam di Malaysia yang mampu kita ikuti perkongsian mereka melalui Facebook/laman sesawang:

1.       Dr. Abdul Basit Abdul Rahman

2.       Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

3.       Dr. Zaharuddin Abdul Rahman

4.       Dr. Zahazan Mohamed

5.       Dr. Mohd Asri Zainal Abidin

6.       Ustaz Pahrol

7.       Ustaz Xifu Nasir

8.       Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

9.       Ustaz Syed Mohd Norhisyam Al-Idrus

10.   Ustaz Roslan

11.   Dr. Maszlee Malik

12.   Ustaz Izhar Ariff

13.   Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman

14.   Ustaz Haslin

15.   Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar

16.   Ustaz Shahrizan Daud At-Turabi

17.   Ustaz Mohd Zawawi Yusoh

18.   Ustaz Azhar Idrus

19.   Ustaz Fawwaz Fadzil

20.   Ustaz Zamri (Ustaz Zamri Mantop)

21.   Tuan Guru Haron Din

22.   Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre

23.   Ustaz Ismail Kamus

24.   Ustaz Aizam Mas’ud

25.   Dr. Shauqi Othman

26.   Ustaz Ebit Lew

27.   Ustaz Rahman Lew

28.   Ustaz Wan Sohor Bani Leman

29.   Ustaz Kazim Elias

30.   Ustaz Zamri Zainal Abidin (Information Mantan Penerbit Rancangan Radio IKIM)

31.   Ustaz Abdullah Bukhari

32.   Ustaz Zul Ramli M. Razali

33.   Ustaz Ghazali Ibrahim

34.   Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man

35.   Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani

36.   Ustaz Ridhuan Mohd. Nor

37.   Ust Mohd Khairuddin At-Takiri

38.   Imam Muda Asyraf

39.   Ustaz Muhamad Bin Abdullah (Ustaz Amin)

40.   Dr. Juanda Jaya (Mufti Perlis)

41.   Ustaz Don Daniyal

42.   Ustazah Norhafizah Musa

43.   Ustazah Siti Nor Bahyah

Berdasarkan nama-nama di atas, terdapat sebahagian daripada mereka adalah ahli politik kepada sesebuah parti, namun yang penting kita dapat menceduk seberapa banyak ilmu yang mereka kongsikan dengan kita. Jika sangsi atau keliru dengan mana-mana hujahan mereka, jangan kita terburu-buru menuduh dan menjatuhkan hukuman kepada mereka. Tugas kita adalah untuk menyemak dengan merujuk kepada pendapat kedua dan ketiga. Selain itu, jika memang benar terdapat kesalahan dalam percakapan, pendapat dan hujahan mereka, bangkanglah dengan penuh hikmah serta sabar moga-moga menjadi asbab kebaikan semua orang disekeliling kita.

p.s::
-Saya dengan rasa rendah diri sangat menghormati ketokohan serta keilmuan guru-guru agama saya di sekolah, masjid kampung dan taman perumahan saya namun artikel kali ini lebih bersifat umum. Oleh yang demikian, nama-nama yang banyak mencurah ilmu kepada saya itu tidak dapat saya nyatakan di sini. Ada juga ilmuwan-ilmuwan agama yang lain tidak mampu saya nyatakan atas sebab tidak mampu menjumpai laman ‘Facebook’ atau ‘Website’ mereka. Minta maaf sekiranya ada yang tersinggung dari penulisan saya, niat saya hanya untuk berkongsi untuk manfaat bersama-sama dan yang lebih penting mendapat redha Allah.

-Untuk akaun Facebook tersebut bersifat ‘personal’, mungkin lebih baik jika kita ‘follow’ sahaja kerana kita tidak mahu mengganggu keharmonian informasi di dinding para ustaz yang sekiranya kita ‘Add as friend’.

-Senarai ini mungkin akan dikemaskini dari masa ke semasa jika terdapat sebarang perubahan dan kesilapan berdasarkan respon/teguran anda =)


-Baca dan kongsikan dengan rakan-rakan anda-

No comments:

Post a Comment