Tuesday 17 September 2013

Meluruskan Niat Kerana Allah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

“Segala puji bagi Allah tuhan semesta Alam”
Lalalalala… ♫♫♫ (petikan lagu daripada kumpulan the Voices of Ummi)

Begitulah gambaran perasaan saya kerana pada hari ini dan saat ini dapat juga saya realisasikan hasrat murni saya untuk menulis dan berkongsi sekadar yang termampu untuk mencari RedhaNYA, InshaAllah. Menjaga niat sememangnya sukar terutamanya apabila kita telah disogokkan oleh kenikmatan dunia yang sia-sia dan sementara.


Ok, macam terlalu formal kan? Sebenarnya saya ingin berusaha untuk menghidupkan dan mengamalkan Bahasa Melayu dengan semaksima mungkin demi menjaga warisan serta kesucian bahasa kita. Selain itu, saya berfikir sekiranya masyarakat hari ini tidak mempraktikkan bahasa kita dengan betul, apakah yang bakal terjadi kepada generasi masa hadapan. Saya sendiri mengalami kepayahan untuk membuat penulisan atau karangan dalam Bahasa Melayu dek kerana medium komunikasi saya di universiti dan pejabat adalah sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris. Kesukaran yang saya maksudkan adalah dari segi melontarkan sesuatu idea yang kadang kalanya jauh lebih ringkas dalam Bahasa Inggeris, namun jika dikarang dalam bahasa kebangsaan mungkin lebih panjang dan sukar ditafsir makna sebenarnya. Namun, saya tidak marah jika terdapat komen atau pendapat pembaca yang dilontarkan dalam bahasa yang percakapan kita kerana mungkin akan ada beberapa ‘posting’ daripada saya yang bakal saya utarakan dengan nada yang lebih santai yakni dalam bahasa percakapan kita seharian. Ok ke macam ni bro?? hihi

Antara tujuan ‘blog’ ini diwujudkan adalah sebagai medium dakwah, penghebahan aktiviti masyarakat yang bertepatan dengan syariah, produk-produk yang patuh syariah dan segala bentuk maklumat yang jika dikongsi boleh memberi manfaat kepada pembaca dan diri saya sendiri. Sekiranya para pembaca atau sesiapa sahaja ingin menghebahkan perkara-perkara yang menepati tujuan penubuhan ‘blog’ ini dijayakan boleh menghubungi saya melalui email (kuharap.redhamu@gmail.com). Justeru, buat masa ini segala bahan yang disiarkan di ‘blog Kuharap RedhaMu’ adalah dipersilakan untuk dikongsi melalui apa juga medium atas tujuan manfaat bersama-sama. Namun begitu, saya berharap pihak yang mengambil maklumat daripada laman ini dapat memastikan maklumat yang disampaikan adalah tepat sekiranya diolah terlebih dahulu sebelum dikongsi.

Sekian dulu dari pena Kuharap RedhaMu. Jom kita tonton video muzik daripada kumpulan Voices of Ummi =)



No comments:

Post a Comment